Tuesday, February 15, 2011

seuntai kata untuk di rasa

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan..
Sesaat bersedih kerana redhNYA, adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia..
Sejernih wajah kerana wudhu' yang sempurna, adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata..
Sesuci hati kerana cinta Illahi, itulah hakikat cinta abadi..

Sahabatku,
Kita pohon kekuatan, ALLAH menghadiahkan kesulitan agar kita menjadi insan yang kuat..
Kita pohon keteguhan hati, ALLAH memberi masalah untuk diatasi..
Kita pohon keyakinan, ALLAH memberi ujian untuk memantapkan iman dan jiwa..
Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita kehendaki..

"Sahabat, ku hadiahkan untaian-untaian zikrullah agar kau dapat melepaskan seluruh kerinduan mu kepada yang Esa..
Ku Hadiahkan bait-bait suci ayatul Quranul Karim agar kau bisa mencintai Dia lebih daripada kecintaan mu kepada dunia dan seluruh isinya..
Doa yang tidak putus2 buat mu agar kasih persahabatan ini lebih daripada wangian kasturi..
Dan ku hadiahkan sedikit hikmah kehidupan agar kau tidak akan tersasar dari landasan kebenaran.."

No comments:

Post a Comment