Tuesday, July 5, 2011

aNtara dUa naMa


assalamualaikum.. bersyukur pada Allah s.w.t kerana kita masih dipinjamkan segala2 nikmat dari Dia.. kepadanya kita bersyukur,kepadanya kita berserah,memohon pertolongan dan kepadanya jua kita akan kembali.. senantiasalah menjadi hamba yang bersyukur dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya.. semoga kita beroleh rahmat.. bermula topic perkongsian kita hari ini ialah mengenai dua insan yang berbeza zaman,masa,tempat mahupun jantina namun satu aqidah.. pertamanya seorang insan mulia iaitu summayah dan seorang lagi Imam Syafie.. pertamanya, saya ingin membawa anda berfikir antara dua watak mahupun tokoh ini. luangkan masa anda sebentar dengan mengimbau kembali ketokohan dan jasa2 mereka, siapa summayah dan imam syafie ini.?? apa yang mereka sudah lakukan..??.. apa yang lebih utama di sini saya ingin mengungkapkan persoalan sebab dan mengapa.. seperti yang diketahui umum summayah telah mati dibunuh, namun ketika itu beliau masih belum sempat berpuasa,zakat,solat,apatah lagi berperang di jalan Allah namun hakikatnya telah dijanjikan Allah syurga baginya... sebaliknya Imam Syafie merupakan tokoh islam yang sangat hebat..seorang tokoh mahupun ilmuan agung yang mempunya mazhab atau ikutan masyarakat, mahir dalam ilmu ataupun selok belok islam dan dsb... namun beliau tidak dijanjikan syurga sepertimana summayah sedangkan beliau bersolat,zakat, dan segala kewajiban muslim (jika x laksanakan walhal menjadi ikutan umum masy) beliau laksanakan berbanding summayah.. melalui 2 situasi ini,persoalannya sebab dan mengapa Allah s.w.t telah menjanjikan syurga pada summayyah namun tidak bagi Imam Syafie... fikir2kan,renung2kan... SELAMAT BERFIKIR...

Tuesday, February 15, 2011

seuntai kata untuk di rasa

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan..
Sesaat bersedih kerana redhNYA, adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia..
Sejernih wajah kerana wudhu' yang sempurna, adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata..
Sesuci hati kerana cinta Illahi, itulah hakikat cinta abadi..

Sahabatku,
Kita pohon kekuatan, ALLAH menghadiahkan kesulitan agar kita menjadi insan yang kuat..
Kita pohon keteguhan hati, ALLAH memberi masalah untuk diatasi..
Kita pohon keyakinan, ALLAH memberi ujian untuk memantapkan iman dan jiwa..
Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini, namun kita sentiasa dapat apa yang kita kehendaki..

"Sahabat, ku hadiahkan untaian-untaian zikrullah agar kau dapat melepaskan seluruh kerinduan mu kepada yang Esa..
Ku Hadiahkan bait-bait suci ayatul Quranul Karim agar kau bisa mencintai Dia lebih daripada kecintaan mu kepada dunia dan seluruh isinya..
Doa yang tidak putus2 buat mu agar kasih persahabatan ini lebih daripada wangian kasturi..
Dan ku hadiahkan sedikit hikmah kehidupan agar kau tidak akan tersasar dari landasan kebenaran.."

Saturday, October 23, 2010

ALAM ITU SATU SEKOLAH

Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.

Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraan, maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai-bagai kemudahan dan bekalan.


Untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini – itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. Seluruh kelengkapan yang diberikan kepadanya harus menjurus dan fokus ke arah pelaksanaan misi itu.

Jangan disalah gunakan, kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan. Akan datang detiknya, manusia akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya itu. Alam ini bukan hanya membekalkan makanan, ubat-ubatan, perlindungan dan pakaian, tetapi alam ini juga membekalkan suatu yang sangat bermanfaat dalam menjayakan misi kedatangan manusia. Alam sebenarnya membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya. Alam adalah sekolah yang mana manusia harus belajar pada setiap masa, keadaan dan suasana.

Alam adalah layar yang memancarkan kebesaran Allah untuk manusia mengenali dan mencintai Penciptanya. Bulan, matahari, bintang, tumbuhan, haiwan adalah tanda-tanda (‘sign’) yang boleh membuka fikiran, jiwa dan perasaan manusia untuk dekat kepada Allah. Dan dekat kepada Allah itulah sumber kekuatan, ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah.

Dua misi besar itu sangat berat dan sukar. Ia adalah amanah yang pernah ditawarkan pada langit, gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menolaknya. Firman Allah:
“Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.” Al Ahzab 33:72

Gunung, langit dan bumi tidak sanggup menanggung misi besar itu, mereka hanya sanggup menjadi ‘pembantu’ manusia untuk melaksanakannya. Justeru, mereka lebih rela dikuasai daripada mengusai manusia. Mereka hanya ingin menjadi sekolah, manakala manusia menjadi pelajar-pelajarnya. Allah yang menjadi ‘Guru’ dalam sekolah besar (jagat raya) ini sentiasa mendidik manusia agar layak menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaan-Nya dan syurga. Sedarkah kita?

Justeru, marilah sama-sama kita mengingatkan: Alam itu sekolah insan. Jadilah pelajar yang baik. Belajarlah dari alam!

Dipetik daripada :gentarasa in Belajar Dari Alam
penulis : UST PAHROL MOHAMAD JUOI

Belajar tawakal dari semut

Perihal komunikasi yang pernah berlaku antara seekor semut dengan nabi Sulaiman. Begini ceritanya…

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

Sampai di situ penceramah tua itu pun memberi ’moral’ pada ceritanya. Begini ucapnya:
”Inilah sifat tawakakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun… jangan terlalu yakin. Sebaliknya, bertawakkallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.”

Saya termenung panjang dalam fikir yang dalam. Walaupun pengajar kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi pengajarannya sangat luar biasa. Bersahaja, tetapi penuh hikmah dan ibrah. Berapa kerat manusia yang benar-benar mengambil panduan daripada ajaran Islam ketika berdepan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi.

Ada seruan yang menganjurkan hidup berjimat ketika ekonomi meleset padahal Islam menganjurkan jimat cermat tanpa mengira situasi dan kondisi. Orang yang membazir adalah ’saudara’ syaitan tidak kira samada semasa ekonomi meleset atau stabil, samada dalam keadaan harga minyak naik atau sebaliknya. Ada pula yang meuar-uarkan agar dilakukan perubahan gaya hidup dalam keadaan sekarang… Sinisnya, bukankah cara hidup orang Islam ialah cara hidup Islam, apa lagi yang hendak diubah-ubahnya?

Jarang benar kita mendengar tafsiran yang lebih tersirat tentang apa yang berlaku kini. Maksudnya, tafsiran yang merujuk kepada ‘musabbabil asbab’ (faktor penyebab) bukan hanya ‘asbab’ (sebab). Hakikatnya, apa yang berlaku ialah dengan izin Allah jua. Dan tentu ada maksud Allah izinkan semua ini berlaku. Apakah pengajaran untuk sikaya, simiskin, peniaga, pengguna, rakyat dan penguasa di tengah kemelesetan ekonomi ini?

Bukankah kita telah diberitahu oleh Al Quran dan Al Hadis bahawa ujian daripada Allah adalah untuk meningkatkan keimanan kita? Dan ujian juga boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan, kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah. Pokok pangkalnya, apakah musibah ini menggugat keyakinan kita kepada Allah yang bersifat Al Wahhab (Maha Pemberi), Al Ghani (Maha Kaya) dan Ar Razzak (Maha Pemberi Rezki) misalnya?

Bagaimana pula kita kembali kepada Allah (raja’na ilallah) dalam menghadapi ujian ini? Apakah kita mula mendidik hati kita dengan sifat-sifat mahmudah bersumberkan akidah Islamiah? Apakah kita mula bermuhasabah tentang sistem ekonomi semasa, apakah telah benar-benar disusun mengikut syariah? Apakah orang kaya dan pengusaha mula tergerak untuk mengamalkan akhlak yang pemurah dan zuhud? Manakala orang miskin pula dengan sifat sabar dan qanaah?

Saya tidak pandai mentafsir lebih mendalam, tetapi itulah yang ’mengganggu’ pemikiran dan rasa hati bila mendengar cerita semut dan nabi Sulaiman . Pada saya, pasti ada ’mesej’ dan ’signal’ daripada Allah untuk semua golongan masyarakat di sebalik ujian ini. Mustahil Allah lakukan semua ini dengan sia-sia. Pasti ada sesuatu yang perlu diambil peringatan oleh para hamba-Nya.

Saturday, June 26, 2010

ermmm.. dmulakan dgn Assalamualaikum... agaknye lama jgak saya x mnulis.. hahahah.. actually,mnulis bkan mnat sgt saya ne,tp mmbaca mmg mnat.. huhuu. anyway,thanks pada kawan2 yg sudi jadi follower.. tp sorry bnyk2 sbb mnkin xde pape kut kat blog ne.hermm,pejam celik pejam celik dh nk 2 blan cuti sem.. yg saya plak baru start cuti sbb ade short sem baru ne.. skurang-kurangnya dapat jgak manafaat cuti ne drp tdo or lepak2 je kat umah x bwat pape kan.. sYukur sumye berjalan lancar cuma agak kesunyian time short sem.. biase lar kan dalam hidup ne duri mmg kte sume kne tempuhi bezznya cara kita mnghadapinya.. hahahah. b4 thats,here i'm just want to say Slamat hari lahir to all my frenz yg baru berganjak usia 20 an.. nmpaknya saya masih belasan tahun kan... pape pn hari2 kita menuju tua... so don't worry.. ape yg perlu dfikirkan bagaimana masa itu mahu dimanafaatkan.. orite.. rasenya stakat ini saje lar kut nk mnulis.. lagi pn x tahu nk tulis ape.. pada sume kawan2,jgn risau saya akan menjeguk blog anda... :-).. ok, wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

pagi yg hening

alhamdulillah... hmm rasenye ini kali kedua rasenye saye bercoret.. hahaha.. sbenarnye saye masih terpinga2 n mata pn masih bengkak nk study.. tp nk buat mcm mane skunk ne tnga exam,kne larr study jgak. huhu. pape pn sblum study ambik lar mood dlu kan.. jadi berita harian,kosmo, mmg dah sebati lar dlm jiwa ne.. lpas je solat subuh tadi trus bc paper.. skunk kn zaman IT, so bc paper pn on9 je.. heheheh.. manafaatkan teknologi org kate... hmmm.. paper hari ne bnyk berkisar soal pilihanraye di Hulu selangor.. rasenye sume org taw kan yg akan diadakan pilihanraya kat situ.. saye x maw komen pape.. cume saye mngharapkan,rakyat bijak dalam memilih pemimpin.. :-). jika kita mahukan negara Malaysia diperintah org2 yg zalim, pilihlah calon di kalangan yg zalim, jika kita mahukan pimpinan negara dipenuhi pemimpin yg brintegriti
pndai2 ler vote... hahaha. jgn tersilap vote dah lar.. hmmm..di pagi yg hening ne,rase sunyi nk study plak.. huhu, mane taknye,kawan2 yg laen sume tdo lpas solat.. agaknye pnat kot stay up smalam...haaaaa,, bila sebut tentang stay up teringat kisah2 kat sek lame dlu.. hehehehe.. biase lar kan bdak2 sek lagi tyme tu.. bila dpt stay up mmg meriah lar kan.. tp kat sek dlu kalau stay up x laen n x bkan maen street soccer larr.. huhuhu.. mmg meriah sgt.. or ckp underground.. haha, pape lar.. tp ape yg bestnye,cikgu mcm x marah plak.. mnkn sbb xtermarah dah kot.. hehehehe.. sori cikgu.. iyela kan,sekali marah semua hilang, then dtg balik,, hmmm jadi cikgu pn biar je larr kn.. ikut kamu lar ye f5,, nnti menjawab bola tyme spm.. hahahaah.. agk pnjg jgak rasenye saye menulis ne.. mcm xde ide plak.. pape pn saye nk stdy dlu wahai sahabat sume.. esok ade paper hubungan etnik antara kaum... teruja bila bace buku sejarah kot.. pape pn aLL the best to all candidates.. b4 nk masuk dewan cheack dlu slip exam tu..jgn lupa bwk plak, mnjawab nnti.. pen2 n sume lar brg2 ntk menulis.. ok assalamualaikum semu... :-)